Kehidupan awal Asmadi Mohamed Naim

Asmadi dilahirkan pada 7 Ogos 1970 di Kelantan. Sejak usia 9 tahun, beliau mula dibesarkan di Pahang. Beliau memulakan pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Datu' Hashim, Pengkalan Chepa, Kelantan dari 1977 hingga 1979. Kemudian beliau berpindah ke Sekolah Kebangsaan Sultan Abdullah, Pahang dari 1979 hingga 1982. Di peringkat menengah, beliau belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan St. Thomas, Pahang dari 1983 hingga 1987. Usai sekolah menengah, beliau belajar pengajian tradisi Islam di madrasah di Sungai Ular, Pahang selama dua tahun, sebelum menyambung pengajian di Pusat Bahasa Arab, Universiti Jordan sehingga 1990. Akibat Perang Teluk yang berlaku, beliau menyambung pengajian ke Karachi, Pakistan di Institut Pengajian Islam dari 1990 hingga 1993. Beliau menyambung pengajian sarjana muda syariah di Universiti Jordan dari 1993 hingga 1997.[1]

Kemudian beliau kembali ke Malaysia untuk menyambung pengajian sarjana fiqah dan usul al-fiqh di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak dari 1997 hingga 1999 sebelum melanjutkan pengajian kedoktoran bidang ilmu wahyu di universiti sama hingga 2004. Pada 2008 hingga 2010, beliau mengambil pengajian profesional kewangan Islam bertauliah bertaraf sarjana dari Pusat Pendidikan Kewangan Islam Antarabangsa (INCIEF).[1]

Berkaitan